Business Plan - Yazid

INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD




RANCANGAN  PENGURUSAN

Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh syarikat INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD. di bawah
jenama Restoran Ani Sup Utara adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai
sebuah entiti perniagaan.  Secara keseluruhannya, struktur organisasinya.

Fungsi dan Tanggungjawab

Pihak syarikat telah menyusun fungsi dan tanggungjawab setiap pekerja syarikat  bagi
melancarkan sistem pengurusan perniagaan. Berikut adalah fungsi dan tanggungjawab setiap
pekerja syarikat :

Pengarah Urusan
Pengarah Urusan akan bertanggungjawab terhadap segala perancangan dan pengendalian
urusan yang berkaitan dengan syarikat. Di antara fungsi Pengarah Urusan ialah :
·                      Menumpukan kepada aspek pentadbiran dan kewangan perniagaa
·                      Merancang penggunaan dan keperluan kewangan syarikat.
·                      Mengawal perakaunan / kewangan syarikat.
·                     Memantau pekerja-pekerja di setiap bahagian.
·                     Bertanggungjawab di dalam membuat belian bekalan dan kawalan stok.
·                      Merancang pemasaran dan mencari peluang-peluang di pasaran baru.
·                      Memastikan operasi dan perkembangan perniagaan berjalan lancar dan mengikut jadual perancangan.
·                     Mempastikan susun atur jadual dan aktiviti perniagaan dalam keadaan baik, teratur serta mengikut perancangan.
·                     Mengawal perbelanjaan dan pendapatan harian termasuk kos operasi dan overhead
·                     Mempastikan peralatan dan stok bahan mentah mencukupi dari masa ke masa.
·                     Menganalisa dan memperluaskan skop peluang pemasaran.
·                     Mengkaji dan menyusun strategi promosi produk dan perkhidmatan.
·                     Menguruskan perihal kebajikan dan disiplin semua kakitangan syarikat dengan bijaksana
·                     berhemah

 Bahagian Pentadbiran / Kewangan
Bahagian ini akan dikawalselia secara langsung oleh Pengarah Urusan dan  akan dibantu oleh 2 orang juruwang.

Juruwang
i.                 Menerima wang daripada pelanggan yang berurusan di kaunter.
ii.                Membuat pesanan pembelian stok barangan dengan persetujuan Pengarah Urusan.
iii.               Merekodkan setiap urusniaga wang tunai kecil RM300.00.
iv.               Menguruskan bil pesanan / bayaran
v.                Menyediakan laporan jualan harian
vi.               Bertanggungjawab di atas segala transaksi wang keluar / masuk di Ani Sup Utara .






Bahagian Pemasaran

Tanggungjawab bahagian ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengarah Urusan dengan dibantu oleh penyelia. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memasarkan perkhidmatan dan produk yang dijual.  Di samping itu, pengurus juga bertanggungjawab mencari pasaran baru terutamanya pasaran industri . Pengarah Urusan juga bertanggungjawab merancang dengan teliti kaedah  pemasaran dengan membuat kerjasama dengan pelbagai pihak . Pengarah Urusan  juga perlu bijak merancang pelbagai pendekatan promosi untuk melariskan jualan produk syarikat.

Bahagian Perkhidmatan dan Operasi

Bahagian ini adalah bahagian yang terpenting dalam syarikat. Oleh itu , bahagian ini perlu diberi perhatian yang utama. Pekerja-pekerja di bahagian ini akan terlibat secara langsung di dalam memberikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Perniagaan ini beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 11.00 malam. Perniagaan dijalankan dalam dua syif iaitu pukul 7.00 pagi – 3.00 petang dan pukul 3.00 petang – 11.00 malam. Bahagian ini akan diketuai oleh seorang  penyelia dengan dibantu oleh 2 orang tukang masak, 4 orang pembantu dapur, 2 orang pembancuh air dan 4 orang pelayan.

Berikut adalah fungsi setiap pekerjaan yang dinyatakan di atas.

Penyelia

i.                    Membantu Pengarah Urusan memantau aktiviti pekerja-pekerja yang bekerja dalam syarikat.
ii.                  Bertanggungjawab terhadap tugasan kakitangan terutama tentang kehadiran dan semasa menjalankan tugas harian.
iii.                Mengambil alih tugas pengurusan semasa ketiadaan Pengarah Urusan di restoran .
 
Tukang masak

i.          Bekerjasama dengan Pengarah Urusan dalam merancang dan menyelaras kerja-kerja di dapur.
ii.         Memastikan susun atur peralatan dan stok bahan mentah sentiasa kemas dan bersih di dapur.   
iv.                Bertanggungjawab menyediakan masakan seperti yang diarahkan.
v.                  Memastikan segala tugasan ( masakan )  mengikut kualiti dan citarasa yang ditetapkan.
vi.                Memastikan segala tugasan mengikut jadual dan ketetapan masa yang diberikan.
vii.              Bertanggungjawab terus kepada Penyelia.

Pembantu Dapur

i.          Menyediakan semua bahan mentah yang hendak dimasak oleh tukang masak.
ii.                  Membantu menyediakan hiasan semua jenis masakan sebelum dihidangkan.
iii.                Menyusun atur serta menyelaras masakan yang hendak dihidangkan mengikut pesanan.
iv.                Mencuci peralatan serta dapur selepas digunakan.
v.                  Semua bahan mentah disimpan dengan baik dan ditempatkan di tempat  yang selamat setelah digunakan.
 
Pembancuh Air

i.          Mahir di dalam penyediaan minuman panas dan sejuk.
ii.         Memastikan minuman mengikut kualiti yang ditetapkan.
iii.        Memastikan stok bahan mentah ( minuman ) sentiasa mencukupi.
iv         Memastikan kawasan operasi termasuk peralatannya sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan selamat.
v.         Bertanggungjawab terus kepada Penyelia.




Pelayan

i.                    Memberi layanan kepada pelanggan termasuk mengambil dan menghantar pesanan.
ii          Menyusun atur dan mengurus setiap sudut hadapan premis termasuk kerusi / meja yang telah digunakan supaya sentiasa kemas dan bersih.
iii.                Memastikan pinggan /mangkuk/ gelas yang telah digunakan tidak berada di atas meja ruang hadapan .
iv.                Memastikan keadaan lantai dan meja sentiasa bersih.
v.                  Pelayan juga perlu menghantar pesanan kepada pelanggan sekitar 5 km bagi minimum order 5 bungkus.

SKOP PERNIAGAAN

Aktiviti Perniagaan
Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh  pihak syarikat adalah :     
·                      Menjual minuman dan makanan yang berasaskan sup di restoran.
·                     Membekalkan makanan bersup kepada katerer, tempahan badan kerajaan dan swasta serta   orang perseorangan.   
·                     Francaisi kepada Ani Sup Utara.           

Perkhidmatan yang ditawarkan
Di antara produk yang ditawarkan oleh Ani Sup Utara adalah  seperti berikut:
·                     Bihun sup
·                     Mi sup                                                  
·                     Kuey-teow sup
·                     Bubur nasi bersup                                 
·                     Nasi ayam
·                     Nasi putih bersup
·                     Soto
·                     Sup ayam
·                     Sup daging
·                     Sup tulang
·                     Sup ekor
·                     Sup lidah
·                     Sup gear box
·                     Pelbagai minuman
Perkhidmatan yang ditawarkan pula adalah :
·                     Konsep cafe
·                     Menghidang makanan yang dipesan
·                     Khidmat penghantaran untuk kawasan dalam lingkungan sekitar 5 km dari restoran ( minima penghantaran 5 bungkus / RM20.00 )
·                     Tempahan makanan oleh katerer, jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan.
·                     Kemudahan melayari internet.


Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada analisa  dan  kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai  potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 8 % hingga 15 %  setahun.  Walaupun perniagaan masih di peringkat awal, namun perkembangannya begitu memberangsangkan dan mempunyai potensi  cukup besar untuk berkembang di masa hadapan kerana Ani Sup Utara telah dikenali hampir di seluruh Malaysia.

Usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak syarikat kini semakin mendapat tempat dihati pelanggan  kerana kualiti  makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan  sentiasa  berada pada tahap yang amat baik.  Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan utama di antara Kepala Batas dan Tasek Gelugor  merupakan laluan yang cukup strategik dan memberi kelebihan kepada Ani Sup Utara untuk berkembang  kerana  pelanggan dapat mengunjunginya dengan mudah. Selain itu, kedudukannya yang berada di laluan menuju keLebuhraya Utara Selatan juga memberikan impak yang cukup baik untuk perniagaan itu berkembang.Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kebelakangan ini, namun pembangunan dibandar Kepala Batas  di mana terdapat banyak  taman-taman perumahan baru telah dibina,seperti Bandar Putra Bertam, Taman Bertam Indah dan Taman Bertam Perdana. Tambahanpula, Bandar Kepala Batas juga adalah merupakan MINI PUTRAJAYA  di mana terdapatbanyak kompleks-kompleks kerajaan yang merupakan satu faktor penyumbang kepadapeningkatan saiz pasaran yang dimiliki oleh Ani Sup Utara. Selain itu, di sini terdapatbeberapa institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sek. Men. Sains KepalaBatas, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Sains Perubatan Alliance.  Adalahdijangkakan pertumbuhan ekonomi Bandar Kepala Batas akan terus berkembang denganwujudnya Taman Perindustrian , USM dan UiTM dalam tempah  3 tahun hingga 5 tahunyang akan datang. Industri makanan kurang terjejas walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kerana makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada pihak syarikat untuk menempatkan diri di dalam pasaran dan seterusnya memenangi hati pelanggan kerana majoriti penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya adalah bumiputera.

Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, pihak syarikat amat berharap akan dapat menjana modal tersebut untuk memberikan perkhidmatan , suasana restoran yang lebih selesa dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan.

Melalui jalinan tawaran  perkhidmatan dan produk yang  pelbagai ini, Ani Sup Utara  mampu  memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya di masa hadapan. Ia juga turut mampu menjadi pembekal utama makanan berasaskan sup di kawasan tersebut.

LATAR BELAKANG LEMBAGA PENGARAH

Pengarah 1
Nama                                       :           En. Ismail bin Abdullah         
Jawatan                                   :           Pengarah Urusan
Alamat Tetap                          :           No. 33 , Persiaran Seksyen 5/12 , Bandar Putra Bertam , 13200 Kepala Batas,  P. Pinang.
Telefon                                   :           013-4572840
No. Kad Pengenalan              :           640419-07-5753
Tarikh Lahir                            :           19.04.1964
Bangsa/Agama                      :           Melayu/Islam
Taraf Perkahwinan                :           Berkahwin
Kelulusan Akademik              :           SPM , STPM , Diploma Perguruan    
Pengalaman Kerja                   :           18 Tahun        
Jawatan                                    :           Guru
Majikan                                    :           Guru Besar , Sek. Keb. Taman Senangan , Butterworth , P. Pinang.
Kursus Dihadiri                      :           Latihan Asas Perniagaan
Tarikh                                     :           Bil.19/2007 – 17 hingga 22 Jun 2007
Penganjur                                :           MECD dengan kerjasama INSKEN dan MARA.

 Pengarah 2
           
Nama                                       :           Pn. Saripah Farhiyah binti Syed Ahmad
Jawatan                                   :           Pengarah Operasi
Alamat Tetap                          :           No. 33 , Persiaran Seksyen 5/12 , Bandar Putra Bertam , 13200 Kepala Batas,  P. Pinang.
Telefon                                    :           017-5411700
No. Kad Pengenalan               :           650130-02-5498
Tarikh Lahir                            :           30.01.1965
 Bangsa/Agama                      :           Melayu/Islam
Taraf Perkahwinan                  :           Berkahwin
Kelulusan Akademik              :           Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM )

LATAR  BELAKANG SYARIKAT

Nama Perniagaan                    :           INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD.  ( Francaisi kepada Syarikat LITTLE CASH ( M ) SDN. BHD. )
Alamat Berdaftar                    :           No. 33, Persiaran Seksyen 5/12,Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Alamat Operasi/Kedai            :           No. 18, Persiaran Seksyen 4/8, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang .   
No. Telefon                             :           013-4572840  
No. Daftar Perniagaan            :           812446 - M
Tarikh Pendaftaran                 :           04 . 04 . 2008
Francaisor                                :           LITTLE CASH ( M ) SDN. BHD.   ( Jenama ANI SUP UTARA )
Alamat Francaisor                   :           No. 15,  Jln. Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan .
Aktiviti Perniagaan                   :       Menjalankan perniagaan restoran berasaskan sup.
                                                              Membekalkan makanan bersup kepada katerer, pejabat kerajaan & swasta serta orang perseorangan.
Bentuk Perniagaan                  :           Sendirian Berhad
Modal  Dibayar                       :           RM 2.00
Setiausaha Syarikat                 :           Omar bin Abdullah  LS 007250
Bank Berurusan                      :           Bank Islam Malaysia Berhad,  Cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang.           
No. Akaun                              :           07043011019165           
Nama Pengarah                     :           En. Ismail bin Abdullah
                                                               Pn. Saripah Farhiyah binti Syed Ahmad          
No. K/P                                   :           640419-07-5753
                                                            650130-02-5498
Milikan                                    :           100 % bumiputera
Peratus Syer                            :           50 % / 50 %
No. K/P                                   :           640419-07-5753
                                                            650130-02-5498
                                   
TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan pihak syarikat menyediakan kertas kerja ini adalah sebagai panduan dalam perniagaan serta untuk membentangkan perancangan perniagaan syarikat, meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA untuk memohon pembiayaan berjumlah  RM185 000.00 sahaja  ( Ringgit  Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Lima Ribu  Sahaja )Tempoh pembiayaan  yang dipohon oleh pihak  syarikat adalah selama 7 tahun dan pihak syarikat juga  turut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Kos Pelaburan Projek adalah sebanyak  RM292 730.00  di mana sebanyak RM89 098.90 dibiayai dengan  wang pemilik sendiri sementara baki RM185 000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini. Tujuan pembiayaan adalah untuk membeli aset tetap dan juga sebagai modal pusingan.

Penggiraan Pembiayaan:

                    Nilai Pembiayaan                    :           RM 185 000.00
                   Tempoh                                    :           7 tahun
Kadar Keuntungan                   :           4% setahun
Keuntungan Pembiayaan        :           RM185 000 x 4 %  x 7 tahun
                                                                                           = RM51 800.00 / 84 bulan
                                                                                           = RM616.00 sebulan
                 Jumlah Pembiayaan                 :           RM185 000.00 + RM 51 800.00
                                                                                    = RM236 800.00
                 Bayaran Balik Bulanan            :           RM185 000.00/ 84 bulan
                                                                                    =RM2 202.38 + RM616.67
                 Bayaran Bulanan                     :           RM2 819.05 sebulan