Zero to Hero - Khairul




i.                    Photo of Entrepreneur / Founders








Beras Herba Ponni Taj Mahal
  • Ditanam di kawasan sawah di sepanjang sungai di Selatan India.
  • Rendah karbohidrat. Sesuai untuk orang yang mengidap penyakit diabetis dan hipertensi.
  • Tinggi kalisum. Baik untuk tulang dan gigi.
  • Tahan lama.

Moghul Faiza Basmathi
  • Diimport dari Pakistan
  • Ditanam dalam sawah yang paling subur Punjabi, dikenali sebagai “Kallar Tract” di mana salji dari gunung mengalir ke dalam tanah pamah. 
  • Dengan mudah terkisar, tidak melekat, lembut dalam tekstur dengan aroma semula jadi. 
  • Sesuai untuk nasi beriani, nasi tomato, nasi ayam dan sebagainya.

Beras Basmathi
  • Diimport khas dari Pakistan
  • Ia mempunyai tekstur putih dan bersih.
  • Sebelum dimasak, perlulah direndam 10-20 minit untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
  • Sesuai untuk nasi beriani, nasi Bukhari dan sebagainya.

Beras Lagenda
  • Pilihan terbaik beras wangi diimport dari Thailand. 
  • Ia putih, aroma yang wangi dan  berkualiti tinggi selain tekstur yang lembut. 
  • Sesuai untuk nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya.

Beras Mahsuri
  • Diimport dari Thailand.
  • Putih, bersih dan tidak melekat.
  • Sesuai untuk nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam dan sebagainya.

Beras Faiza Emas
  • Beras hasil tempatan
  • Sesuai untuk semua jenis masakan nasi seperti nasi lemak. nasi putih, nasi goreng dan sebagainya.





iii.   Brief description of the products/services/business concepts.


Syarikat Faiza Marketing Sdn Bhd mengamalkan gaya kepimpinan demokratik yang diperolehi dari dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan Syarikat Faiza Sdn. Bhd telah melaksanakan reka bentuk organisasi fungsian, konsep dan proses pengorganisasian secara teratur. Syarikat ini mempunyai potensi untuk berkembang berlandaskan matlamatnya untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pekerja kepada proses sebenar teknologi pemprosesan makanan dalam industri.

PENGORGANISASIAN - Sistem kerjasama antara dua orang atau lebih yang bergabung dalam mencapai sesuatu matlamat. (Chester L Bernard (1938) ) KEPIMPINAN - Kejayaan seseorang memimpin orang lain untuk melaksanakan satu-satu kerja yang di arahkan, pencapaian satu-satu objektif atau matlamat. ( Ahmad Antory (1986) ) GAYA KEPIMPINAN - Cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerjanya.  Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada tahun 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad.  Mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu dan mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.  Syarikat Faiza mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama  Ia juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah.

Huraian Proses Pengorganisasian :
·         Penentuan Objektif
·         Mengenal pasti matlamat organisasi setiap unit atau organisasi.
·         Matlamat dan objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan organisasi.
·         Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd. dengan matlamatnya ialah memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pekerja kepada proses sebenar teknologi pemprosesan makanan dalam industri.

·         Pengenalpastian Aktiviti
·         Pengurus akan mengenal pasti secara khusus aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan.
·         Sebagai contoh, Puan Faiza memainkan peranan sebagai pembuat keputusan iaitu sebagai usahawan. Beliau sentiasa berusaha untuk membangunkan perniagaannya dengan mengeluarkan beberapa produk baru seperti sos, kicap dan bihun dan tidak hanya bergantung kepada beras dan rempah untuk memenuhi cita rasa pengguna dan menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana alam yang menyebabkan bekalan beras terputus.
·         Pengelasan Aktiviti
·         Pengelompokan
·         Pengagihan Tugas, Autoriti Dan Tanggungjawab.


iii.                A profile of the Entrepreneur / Founder and the Business.

Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan

Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.

Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempahrempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.

Puan Faiza menyarankan agar umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.



iv.                A brief introduction of how the business started.

SYARIKAT FAIZA SDN. BHD. (HQ)
PLO 442, Jln Wawasan 16,
Kawasan Industri Sri Gading 2,
83300 Batu Pahat,
Johor.
Tel : 607-4556900    Fax : 607-4557800
Email : admin@faizarice.com



Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”. Setelah melihat pontensi beras “Ponni”, SFSB memperkenalkan beras tersebut  yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza herba Ponni  telah diedarkan seluruh Malaysia.

SFSB juga telah menghasilkan pengeluaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Thai Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.

SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.



Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.



v.                  How the business gained success etc.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
vi.                 The ups & downs of the entrepreneur & his/her business.






vii.              Business Philosophy & Business Strategies used.
viii.            Achievements attained in terms of Market Share, Sales Turnover, Number of Outlets, Recognition, Adoption & Acceptance of Product, etc.

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan anugerah khas Tokoh Guru 2009.

ix.                How the product / company got its name.
x.                  Unique features about the product /services/business concept that makes it Outstanding.
xi.                Key Factors contributing to the success of the business.


xii.               References

·