Zero to Hero - Hanafi








LATAR BELAKANG KEHIDUPAN




NAMA                                    : Datuk Maznah Hamid
UMUR                                    : 47 tahun
ASAL                                                 : Ayer Hitam, Jerlun, Kedah
JAWATAN                             : Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce
SUAMI                                   : Datuk Shaheen Mirza.
FALSAFAH KEJAYAAN    : "the main capital in business is yourself " ("modal  utama
   dalam perniagaan adalah diri anda ").
PRINSIP                                 : “we should produce a workload more than what we are paid for,
   as in the end, we will be rewarded much more than what we have  
   done” (“kita harus menghasilkan beban kerja yang lebih daripada
   apa yang  kita dibayar, kerana pada akhirnya, kita akan diberi
   ganjaran lebih daripada apa yang kita lakukan”)

Datuk Maznah Abdul Hamid atau  gelaran  penuh beliau Datuk Hajah Maznah binti Abdul Hamid telah di lahirkan di Jerlun,Kedah Darul Aman pada 18/4/1955. Di beri gelaran sebagai “IronLady” atau “Wanita Besi”,beliau sekarang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Pasangan hidup beliau adalah Haji Shaheen Mirza Habib dan hasil perkongsian hidup beliau dan suami,mereka telah di kurniakan 5 orang cahaya mata di mana 3 orang daripadanya adalah perempuan dan 2 adalah lelaki. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di Alor Setar,Kedah dan seterusnya mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi antaranya di Singapura di mana beliau  meneruskan pengajian dalam bidang “Business School for Investors. Selain daripada itu,beliau juga mendalami ilmu keusahawanan dengan  mengikuti pengajian “Business School for Entrepreneurs” dan “Industrial Security” di United State of America.

            Datuk Maznah Abdul Hamid berasal dari keluarga yang miskin dan beliau sendiri di bela oleh nenek beliau sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga. Beliau merupakan  kanak-kanak yang kesepian semasa zamannya tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat untuk dirinya kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insane berjaya. Datuk Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah ,tetapi beliau amat meminati pelajaran dan juga bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya hingga ke kolej. Beliau juga pernah mengikuti Kursus Linguistik di Pusat Bahasa dan sebahagiannya mengikuti kursus Diploma dalam Eksekutif Pentadbiran Perniagaan. Latar belakang kerjaya beliau dari tahun 1981 hingga kini selain daripada Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Securiforce adalah beliau juga memegang  jawatan  sebagai Pengerusi Danau Lumayan Sdn Bhd daripada tahun 1997 hingga kini. Syarikat Danau Lumayan adalah sebuah syarikat  pembangunan  hartanah yang di perbadankan  pada November 1993. Syarikat ini pernah di anugerahkan  oleh  kerajaan  persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas pembinaan projek  penswstaan di Bandar Tun Razak,Cheras


PENGENALAN
Tanpa keberanian, impian hanya tinggal impian..Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid. 

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini. 

“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.

Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.


BAGAIMANA PERNIAGAAN BERMULA

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd. Nama ini dipilih berdasarkan gabungan dua patah perkataan iaitu ‘secure force’ yang bermaksud “kuasa selamat”. Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

BAGAIMANA PERNIAGAAN MENDAPAT KEJAYAAN

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.



Kenderaan Syarikat Kelolaan Datuk Maznah


Perkhidmatan syarikat beliau bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi
juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.
Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat.Satu contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak terutamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.


                http://securiforce.com.my/
                http://doringsarimah.blogspot.com/