Zero To Hero - Izzat

DATO’ DR. ZAHRAH KADIR


Memperoleh latar belakang dalam bidang kimia, Dato’ Dr. Zahrah Kkadir menerajui dua buah syarikat berasaskan plastic dan herba. Wanita yang berasal dari Pontian, Johor ini adalah anak kedua dalam keluarganya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana muda sains (Kimia) dari Universiti Malaya dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama dari Universiti Durham, United Kingdom. Sebelum menjadi usahawan, Dr. Zahrah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik selama satu dekad di Institut Kaji Selidik Nuklear Malaysia (MINT).
 
 
                                Sebagai ketua dalam kumpulan kesan sinaran ke atas polimer di unit tenaga nuklear, antara tugas Dr. Zahrah adalah memberi nasihat kepada usahawan tentang menggunakan plastik sebagai teknologi baru dalam industri. Melalui penglibatannya itu beliau sendiri mendorong supaya menceburi bidang perniagaan.Dr. Zahrah kemudian mengambil risiko meniggalkan kerjayanya. Usaha beliau dalam perniagaan bermula dari bawah dengan menyertai program latihan usahawan di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Malaysia dan mempelajari kaedah membuat produk, system kilang serta mengurus kewangan syarikat.
 
 
                Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. Pada bulan Disember, 1993. Beliau memulakan operasi perniagaannya di Seri Kembagan Indutrial Park, Selangor. B&Z adalah gabungan pangkal nama beliau dan suaminya, Dr. Bajuri Kadmin. Dr. Bajuri pada mulanya sekadar menyokong usaha isterinya dari belakang, namun setahun kemudian mengambil keputusan meninggalkan kerjaya beliau dan menyertai perniagaan keluarga itu.
 
 
                Produk awal yang dikeluarkan syarikat ini adalah rain gutter atau palong air hujan. Dr. Zahrah mencipta produk itu daripada plastic uPVC atau vinyl polimer bagi menggantikan polang air hujan yang dahulu diperbuat daripada zink. Produk ciptaannya yang berjenama Monsoon terbukti lebih berkualiti dan rekabentuknya dapat diubahsuaikan. Produk itu juga diiktiraf dan menerima anugerah daripada pihak MITI.
 
 
                Dr. Zahrah sangat menitikberatkan kualiti dan membuat kaji selidik secara berterusan. Selepas rain gutter, beliau beralih kepada produk-produk lain seperti paip uPVC bagi kegunaan telekomunikasi dan kabel slab bagi kegunaan tenaga elektrik. Syarikatnya berkembang pesat dan kini beroperasi di premis seluas tiga ekar di Kuala Sleangor Industrial Park selain mempunyai pejabat pemasaran di Wisma B&Z, Shah Alam.
 
 
                Dr. Zahrah Berjaya mempertahankan syarikatnya ketika Negara melalui kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu. Bagi beliau pengajaran penting daripada peristiwa itu adalah perlunya mempelbagaikan perniagaan. Pada tahun 1999, Dr. Zahrah menubuhan syarikat keduanya, Merlang Herbal Industries Sdn. Bhd. Yang menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan berasaskan herba. Produk berjenama Merlang ini mendapat sambutan baik kerana syarikatnya memiliki Sijil Amalan Pengilang Baik (GMP) daripada Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
 
                Langkah lain mempelbagaikan perniagaannya adalah menceburi bidang runcit. Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Hardware Centre bagi memasarkan produk-produk plastiknya. Beliau juga menubuhkan Pusat Rawatan Kecantikan MErlang dan Merlang Network Sdn. Bhd. Bagi mempromosian produk herbanya melalui system multilevel marketing (MLM).
 
 
                Dr. Zahrah bukan sahaja produktif dalam perniagaan tetapi juga dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau turut terlibat dalam pelbagai program anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantu para usahawan baru. Sesungguhnya wanita ini wajar dijadikan model dan mentor oleh golongan usahawan khasnya kaum wanita. Renungilah sebahagian daripada falsafah hidup Dr. Zahrah yang terbukti membawa keberkatan dan kejayaan besar dalam hidupnya :
 
 
1.       Peranan para pekerja sama pentingnya dengan pihak majikan dalam menentukan turun naik syarikat. Oleh itu, kebajikan para pekerja perlu sentiasa dijaga.
2.       Ksihatan diri adalah factor penting dan perlu diutamakan walaupun sesibuk mana individu itu dalam kerjayanya.
3.       Pegangan agama adalah tunjang utama dalam hidup. Hubungan insane dengan penciptanya tidak boleh sekali-kali diabaikan.
4.       Rahsia kejayaan wanita bermula dengan menyempurnakan tanggungajawabnya yang utama sebagai isteri dan ibu.